Thursday, January 26, 2012

BUDAYA

KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

Orang Melayu Malaysia



Sejarah

Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara.

[sunting]Kumpulan

Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-
ANAK JATI
Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-
  • Orang Melayu Kedah
  • Orang Melayu Beruas
  • Orang Melayu Manjung
  • Orang Melayu Grik
  • Orang Kelang
  • Orang Melayu Melaka
  • Orang Melayu Kelantan
  • Orang Melayu Terengganu Pantai
  • Orang Melayu Ulu Terengganu
  • Orang Melayu Bentong
  • Orang Melayu Lipis
  • Orang Melayu Temerloh
  • Orang Melayu Johor
  • Orang Melayu Brunei
  • Orang Melayu Kedayan
  • Orang Melayu Cocos
  • Orang Melayu Sarawak
ANAK DAGANG
Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-
  • Aceh
  • Ambon
  • Banjar
  • Batak (tidak termasuk Mandailing)
  • Bawean (Boyan)
  • Bugis
  • Cham
  • Jawa
  • Kerinci
  • Mandailing (dianggap sebagai )
  • Melayu
    • Melayu Asahan (Batubara).
    • Melayu Bengkulu.
    • Melayu Deli.
    • Melayu Jambi
    • Melayu Palembang.
    • Melayu Patani
    • Melayu Riau
    • Melayu Siak
  • Minangkabau
  • Nias
  • Ocu (Kampar)
  • Rao (Rawa)
  • Utsul
PERANAKAN
Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-
  • Peranakan Parsi
  • Peranakan Arab
  • Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
  • Peranakan Cina
  • Peranakan Turki
  • Peranakan Siam / Samsam
  • Peranakan Eropah

[sunting]Budaya Orang Melayu Malaysia

[sunting]Pakaian Tradisional

Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada di antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut adalah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:-

[sunting]Alat Muzik Tradisional

Antara alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti SerunaiGedukGedumbakCanangKesiTetawakKecerekGendang Sembilan serulingdansebagainya.

[sunting]Makanan Tradisi

Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Nasi LemakNasi KerabuNasi DagangNasi KandarNasi TumpangNasi BerlaukNasi UlamNasi TomatoKeropok LekorKeropok GoteKeropok KepingBuduSataTempoyakOtak-otakSateRoti JalaLontongPecalBurasakKetupatLemangWajikDodolBelacan dan sebagainya.

[sunting]Teater Tradisional

Kesenian teater tradisional merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu di Malaysia.
Wayang Kulit Siam merupakan sejenis wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan. Kesenian ini dahulunya sangat terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Patani. Ia juga merupakan jenis wayang kulit yang paling terkenal di Malaysia sejak dahulu hingga ke hari ini.
Makyong adalah sejenis teater tradisional yang dipercayai berasal dari daerah Besut, Terengganu. Dari daerah tersebut, kesenian ini telah berkembang ke negeri Kelantan, Patani, Kedah dan Perlis. Makyong adalah diantara teater tradisional tertua di Malaysia dan sering dikaitkan dengan kepercayaan animisme Melayu.
Mek Mulung adalah sejenis teater tradisional yang berasal dari Kampung Wang Tepus di Jitra, Kedah. Kesenian ini dikatakan dicipta oleh seorang puteri kepada Raja Ligor yang telah yang telah buang negeri oleh ayahandanya. Kesenian ini hanya boleh ditemui di negeri Kedah sahaja dan kini diancam kepupusan.

Sumber :Wikipedia



Kebudayaan Malaysia





Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah MelayuCina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama BuddhaTaoisme atau Kristian,
berbahasa MandarinHokkienHakkaKantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur TamilMalayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum SikhSerani atauEurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia.
Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.
Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendangserulinggong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai,India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulitsilat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.
Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.

Sumber :Wikipedia